11.30.2009

Salam eidul adha..

Rasanya masih belum terlewat untuk diriku mengucapkan selamat hari raya aidil adha buat semua kawan2 yang sudi ikut perkembangan blog yang masih baby lg ni;)) Alhamdulillah raya haji kali ini jatuh pada hari jumaat..so bolehlah spend masa balik ke kampung halaman..walaupun sangat mencabar kesabaran menghadapi jammed yang teruk ketika perjalanan pulang ke teluk intan..(bayangkan bertolak pukul 7.30..dan sampai tepat pada pukul 1.30 pagi!!) namun hati rasa sejuk bila dapat menatap wajah ayahbonda di kampung halaman..betul..bukan keseronokan yang dikejar..bukan kemeriahan hari raya yang dicari di kampung halaman..tapi senyuman dan wajah insan yang telah menghabiskan lebih dari separuh usia mereka membesarkanku cukup mendamaikan jiwa...ya..satu hari daku pasti berada di tempat mereka..menanti anak cucu pulang..dan pastilah kepulanganku yang paling dinanti kerana bersamaku ada cucu sulung ayahbondaku...amir muttaqin kesayangan atuk dan opah:)
Aidiladha mungkin tak semeriah aidilfitri..(tetibe rase mcm nama 2 org lelaki lak;) )..namun bagiku penghayatan nilai pengorbanan ketika aidiladha itu amat bermakna..betapa luhurnya hati ibrahim a.s...betapa murninya jiwa ismail a.s...bila difikirkan..direnungkan semuanya..terasa diriku ini amat kerdil..tingginya nilai iman dan sangka baik mereka pd tuhan yg maha mencipta...terasa rindu ingin menjadi tetamu ALLAH..dan terasa rindu sekali untuk melawat makam rasulullah...namun apakan daya..diri ini masih belum punyai kemampuan...Ya ALLAH mudahkan lah urusanku..Ya Rasulullah..aku rindu padamu...sungguh rindu..
Dan hari ini aku cuba menghayati erti pengorbanan itu...pengorbanan ibrahim dan ismail..pengorbanan rasulullah yg tercinta..pengorbanan mak abah yang membesarkanku..pengorbanan ibu mertuaku melahir dan membesarkan insan yang kucintai dan telah menjadi sebahagian pada diriku..pengorbanan suamiku..sungguh...aku hidup atas kesudian mereka berkorban untukku kerana ALLAH...Ya ALLAH sangat kurang diri ini bersyukur padamu..
Buat semua..salam eidul adha..berjuanglah dan berkorbanlah demi cinta...cinta yang hakiki..
wassalam