10.24.2010

Menghitung Hari...

Hmmm sudah lama rasanya diriku x menulis di blog yg sememangnya utk tatapan sendri je nih(hehehe mcm syok sndri laa tulis blog)..apepun hasratku ingin menjadikan blog ni sbg laman utk diriku mengenang kembali segala peristiwa n knangan2 yg telah berlalu..tp nape laa malas benor nk update???hishh kne masukkan dlm list azam baru thn dpn..utk aktif update blog nih..
Ok laa...update terbaru ttg ceritaku skrg:
-dah 39++ mgu pregnant(aiyaaa baby sgt syok dok dlm perut besar ku ini)
-dah start cuti dr mgu lepas lg(sume coding telh ku lupakan hew hew hew)
-doctor cek tgk baby dah engaged..tp blum mau kuar..
-skrg dok kt kg..makan tdo je laa kojenye..hari-hari dpt mkn mum's cooking..waaaa mabeles..n hari2 kejeku mendere adik bongsuku..sbb i kan dh tak larat(alasannnn..)
Persiapan ku buat ala kadar jer setakt mana yg perlu...ceklistnye:
1)baju baby..beli baru 3 psg je(yg yob amir pon byk..recycle je laa)
2)srg tgn n kaki..5 psg
3)Barut baby bli yg jenis lekat tuu 4 psg..(mak dh jahitkan yg jenis tali tu pon dh byk time amir dulu)
4)tilam n bantal baby..beli satu jer ngn kain cotton nak wat sarungnye(mak yg jahit..i xde bakat)..ade satu set lg yg MIL kasi mase amir dulu.
5)pampers..bli drypers newborn..insyaALLAH de rezeki nak ber-CD huhuhu
6)botol susu..xsempat beli dh de org kasik...tq opismate
7)lampin or kain bedung ade laa bli satu paket..sploh lai..
8)wet tisue..penyembur air..nappy liner..
9)toiletries 4 baby..rembat dah
10)maternity pad..suke pakai pureen madame..
11)set bersalin..Mr. hubby blikan tropical herbs Amway ngn penuh kasih syg..toceh..toceh

hmmm bese je laa persiapan daku..sume dah packing dlm 2 beg..satu beg baby satu beg ibu..tggl nk masuk kete je lg..
Skrg..kejap2 dh de rase sakit tp x kerap laa...kalo boleh xnak panik cm mase amir dlu..dh btol2 sakit br g spital..xsudi lg diriku utk ditahan di wad..biarlaa trus ke labour room n trus je bersalin...wahhh berangan..
impianku kali ini..nak fully BF baby...hmmm insyaALLAH nak beli breast pump satu utk mbantu merealisasikan impianku...Moga ALLAH membantu cita-cita murniku ini:)

6.14.2010

Doaku...

Ya ALLAH..Tuhanku dan Tuhan sekalian alam..
Hamba ini terlalu kerdil..hina..dan fakir..
Atas Kasih SayangMU ku hidup bernafas dibumi..
Atas belas ehsanMU ku mengecapi segenap nikmat yang ENGKAU anugerahkan untukku..
Tuhanku..
Pandanglah hamba yang hina ini..
Dengarlah rayuan hamba..
Meskipun banyak dosa yang bisa menghijab diriku dr pandanganMU..
Namun kuyakini KAU tuhanku yang amat pemurah..
Dan doaku ini adalah doa tulus dr hati seorang ibu..
Gelaran IBU..yg KAU anugerahkan utkku dan wanita-wanita yg KAU kehendaki..
Yang bersamanya datang kelelahan kelesuan ketika membawa kandungan itu..
Yang bersamanya Hadir kesakitan maha hebat utk melahirkan..
Namun segalanya indah bila menatap si permata hati..
Ya ALLAH..
Kutahu disebalik kelelahan..kelesuan dan kesakitan itu ada pahala yang KAU sediakan..
Dan diri ini rela andai KAU gantikan pahala itu untuk kesihatan dan kegembiraan anakku..
Kerna kasih sayang yg ada dalam jiwa seorang ibu adalah percikan sifat RAHMAN & RAHIM MU tuhanku...
Ya ALLAH..janganlah diriku diuji dengan sesuatu yang diluar kemampuanku..tetapkanlah hatiku di dalam iman dan islam..
Tabahkan hatiku..Kuatkan fizikalku untuk ku terus menyuburi halaman hidup anak-anakku dengan kasih sayang dan didikan mengenalMU..kerana dengan KasihMU mereka hidup..
Amin..

4.30.2010

penantian..satu penyeksaan..

Jam menunjukkan pukul 6.02 ptg..tp daku masih setia ngadap pc di opisku ini..mengapakah?bagaimanakah??...kerana daku menanti mr hubby yg bjanji utk mengambilku..perut terase lapar gara-gara kesejukan di opis nih walaupun baru ku bedal bihun goreng kak hani..nyum nyum...Alamak msg dr mr hubby..."Abang Coming.." wekkkk nak merajuk dah nih..ok babai

4.27.2010

Ber'family' Day di PD

Weekend lepas company Mr. Hubby buat family day kt PD..so daku pon join gak..agak best laa...sukanekanya pon mcm2 dari pagi smpi petang..segala mcm acara yg pelik2..sian asbenku xdpt join byk coz anak teruna kami sgtlaa teruja melihat keindahan pantai...ditambah ibunya yg tak larat nak kejar..mmg surrender dan daku hanya duduk memerhati di bawah pohon kelapa sambil disapa angin bayu yg sungguh nyaman hehehehe...pukul 1 lunch..wah sungguh lapar kami makan semua yg ada hahaha..kul 2 after solat acara sukaneka diteruskan lagi tapi daku dh xlarat kami pon berehat2 di bilik hotel sambil mendodoikan si putera idaman malaya tu..tp punyalah payah die nk tdo..excited lebih...last2 abah die yg tetdo...tp pastu xlama amir pon tdo jgk..so Mr. Hubby pun trn utk join acara bola tampar pantai...tapi kalah ekekekeke..malamnya ade bbq..penuh perutku di isi oleh segala mcm makanan..ayam,daging,ketam bakar,nasi goreng,spageti,mushroom soup,segala macam salad..buah-buahan n desert yg pelbagai..tapi bukan sume laa yg masuk perutku..ni jer laa gambar yg dpt ku snap..xlarat sgt nk melayan




4.22.2010

Ibuku sayang...

Hmm..seawal pagi sesampai saja diriku di ofis..rakan sekerjaku menyatakan hasratnya untuk berhenti kerja jika keadaan kesihatan ibunya tidak stabil(masih menunggu result dr hospital samada perlukan dialisis atau tidak)..dan perbualan kami di pagi hari ini berkisar tentang ibu masing-masing yang mempunyai sakit kardiovaskular (spt darah tinggi,kencing manis..and etc)..penyakit popular di kalangan rakyat Malaysia..
Teringat ibuku di kampung...ibuku juga ada darah tinggi dan sekejap tadi aku diberitakan olehnya..dia juga mengidap kencing manis..baru didiagnose oleh doktor..sayu rasa hati bila terkenangkan dirinya...siapa yang mahu org tersayang sakit??..
Bagiku ibu adalah segala-galanya..mengenangkan pengorbanan yg ingin dilakukan oleh rakan sekerjaku itu..aku jadi insaf...tiada nilai bandingannya ibu itu dengan satu apapun didunia ini..pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan..membawa kita melihat dunia dan mengenal erti hidup...
Sebagai anak perempuan sulung dlm keluarga..diriku menjadi tempat luahan hati ibuku...rasa bangga..sedih dan gembiranya tercatat kemas dlm ruangan memoriku...moga ALLAH memelihara ibuku selalu..moga dipanjangkan usianya di dalam keimanan kepada ALLAH dan kesihatan yang mendorong dirinya lebih kuat beribadah..kerana aku ingin sekali anak-anakku merasa hangatnya kasih sayang dari insan yg melahirkanku ini...

Ayah Dan Ibu

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

4.21.2010

Manfaat tidur siang sekejap untuk beribadat malam

Oleh Endok Sempo Mohd Tahir

TIDUR seketika pada tengah hari disebut qailulah dalam bahasa Arab, afternoon nap dalam bahasa Inggeris atau siesta dalam bahasa Latin yang diamalkan di Sepanyol dan Mexico.

Tidur siang sebegini adalah kebiasaan bagi orang yang mementingkan kesihatan, kesegaran dan produktiviti. Ia adalah budaya baik, apatah lagi Rasulullah pernah mengamalkannya.

Dalam kitab Mishkatul Masabih disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (qailulah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah pernah melakukannya.” Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, kalaupun dibuat, tidak mengikut spesifikasi sunnah.

Dalam masyarakat Inggeris, amalan ini menjadi kebiasaan. Saya melihat ia diamalkan di Britain, terutama di kalangan kanak-kanak prasekolah dan peringkat rendah. Saya teringat anak saya ketika di prasekolah di London mempunyai jadual tidur pada waktu tengah hari. Mungkin ini adalah mekanisme atau langkah membiasakan mereka supaya menghargai ‘makna’ tidur tengah hari apabila dewasa kelak.

Mereka mempunyai falsafah sendiri. Di kalangan masyarakat Sepanyol dan Mexico, mereka mesti melakukan siesta (tidur siang) kerana keadaan cuaca pada siang yang terlalu panas dan tidak membolehkan mereka keluar melakukan kegiatan luar.

Tidur seketika pada siang hari atau qailulah adalah kebiasaan masyarakat Arab, beberapa orang soleh dan ulama terdahulu. Mereka melakukannya tidak hanya pada Ramadan, tetapi pada hari biasa, khususnya pada musim panas.

Ulama soleh terdahulu menjadikan tujuan qailulah ini agar pada malam harinya mereka boleh bangun untuk mendirikan solat tahajud. Jadi tidur siang atau qailulah ini hanya kebiasaan atau budaya orang Islam terdahulu.

Saya agak terkejut mendengar keterangan bahawa tidur sebentar waktu siang adalah suatu hal yang dianjurkan hanya kerana syaitan tidak pernah tidur siang. Ini terutama apabila saya melihat orang berpuasa menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Sebenarnya banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa.

Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari, iaitu qailulah. Waktu qailulah adalah selepas solat Zuhur hingga Asar selama beberapa minit saja iaitu antara 20 hingga 30 minit. Jika memang untuk membolehkan bangun malam untuk solat tahajud, tentu ini adalah sunnah Rasulullah. Kalau tidur siang ini hanya untuk bermalas-malasan, dan malam harinya tidak solat tahajud, Tarawih dan solat sunat lain, apakah nilai sunnah daripada tidur siang ini?

Khalifah Umar bin Khattab pernah suatu hari melakukan lawatan rasmi ke Iskandariah, ketika Muawiyah bin Khudaij menjadi gabenor di kota itu. Umar sampai ke kota itu pada waktu siang ketika kebanyakan orang melakukan qailulah. Umar menemui Muawiyah yang tidak tidur sekejap pada siang, lalu berkata: “Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.” Umar seolah-olah mengingatkan bahawa manfaat waktu itu lebih penting daripada sekadar tidur siang. Intinya, harus mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang (yang hanya seketika bukan sepanjang hari) meskipun pada Ramadan.

Hadis ada menyebut bahawa: "Tidurnya orang puasa adalah ibadah." Seperti penjelasan Iraqi dalam Takhrij Hadis-Hadis Ihya, bahawa hadis ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr dan Abdullah bin Abi Aufa, namun semua sanadnya antara dha'if (lemah) dan maudhu' (palsu).

Jadi di mana kita harus melihat ‘kekuatan’ maksud hadis ini? Kita perlu melihat secara positif, pengertian hadis itu harus dimaknai bahawa tidurnya orang puasa adalah terjaganya (terpelihara) diri orang yang puasa daripada setiap perbuatan maksiat dan mungkar, dari situlah wujud makna ibadah itu. Kalau tidur hanya untuk bermalas-malasan dan meninggalkan kewajiban serta melalaikan tugas, tentulah ini sangat bertentangan dengan makna ibadah puasa itu.

Sahabat Rasulullah menjalani puasa Ramadan dengan tugas yang cukup berat seperti Perang Badar dan penaklukan Makkah. Ini semua petunjuk bahawa puasa bukan untuk menjadikan kita bermalas-malasan, tetapi pencetus semangat agar memberikan yang terbaik meskipun dengan keterbatasan kecerdasan fizikal sebagai orang berpuasa. Malah, tidur seketika pada siang umpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari.

Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Antara tokoh yang menggalakkan tidur seketika pada tengah hari ialah Dr William A Anthony, (PhD) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art Of Napping At Work.

David F Dinges and Roger J Broughton dalam bukunya, Sleeps and Alertness: Chronological, Behavioral and Medical Aspects of Napping juga bersetuju dengan pendapat ini. Kajian itu menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang lain. -

-Dipetik dari Berita Harian-

p/s: Jom kawan-kawan kite tdo mcm budak kt bawah ni;))


4.20.2010

Mood yang hilang dengan tiba-tiba...

Hmmmm....mengapakah mood daku hilang??? semuanya gara-gara si amir...kebiasaannya dia cool je setiapkali daku dan abahnya menghantar dirinya ke nurseri..entah mengapa hari ni..dia "cebik"..puas ku pujuk..masih dia dengan ekspresi muka yg meruntun hati seorang ibu...sungguh mencabar jiwa setiap kali meninggalkan anak utk ke tempat kerja..jiwa ini jiwa seorang ibu..hati ini hati seorang ibu...Seorang ibu mana mungkin boleh menjadi setenang air di kali bilaman melihat dengan matanya..merasa dengan hatinya..bahwa anaknya sedang kesedihan...ya ALLAH kuatkan hati ini..peliharalah anakandaku..KAU lah sebaik2 penjaga..





p/s: ibu love u so much my little mucuk...