4.21.2010

Manfaat tidur siang sekejap untuk beribadat malam

Oleh Endok Sempo Mohd Tahir

TIDUR seketika pada tengah hari disebut qailulah dalam bahasa Arab, afternoon nap dalam bahasa Inggeris atau siesta dalam bahasa Latin yang diamalkan di Sepanyol dan Mexico.

Tidur siang sebegini adalah kebiasaan bagi orang yang mementingkan kesihatan, kesegaran dan produktiviti. Ia adalah budaya baik, apatah lagi Rasulullah pernah mengamalkannya.

Dalam kitab Mishkatul Masabih disebutkan: “Tidur sekejap pada waktu tengah hari (qailulah) bukanlah perbuatan keji kerana Rasulullah pernah melakukannya.” Amalan ini semakin dilupakan dan tidak diambil perhatian, kalaupun dibuat, tidak mengikut spesifikasi sunnah.

Dalam masyarakat Inggeris, amalan ini menjadi kebiasaan. Saya melihat ia diamalkan di Britain, terutama di kalangan kanak-kanak prasekolah dan peringkat rendah. Saya teringat anak saya ketika di prasekolah di London mempunyai jadual tidur pada waktu tengah hari. Mungkin ini adalah mekanisme atau langkah membiasakan mereka supaya menghargai ‘makna’ tidur tengah hari apabila dewasa kelak.

Mereka mempunyai falsafah sendiri. Di kalangan masyarakat Sepanyol dan Mexico, mereka mesti melakukan siesta (tidur siang) kerana keadaan cuaca pada siang yang terlalu panas dan tidak membolehkan mereka keluar melakukan kegiatan luar.

Tidur seketika pada siang hari atau qailulah adalah kebiasaan masyarakat Arab, beberapa orang soleh dan ulama terdahulu. Mereka melakukannya tidak hanya pada Ramadan, tetapi pada hari biasa, khususnya pada musim panas.

Ulama soleh terdahulu menjadikan tujuan qailulah ini agar pada malam harinya mereka boleh bangun untuk mendirikan solat tahajud. Jadi tidur siang atau qailulah ini hanya kebiasaan atau budaya orang Islam terdahulu.

Saya agak terkejut mendengar keterangan bahawa tidur sebentar waktu siang adalah suatu hal yang dianjurkan hanya kerana syaitan tidak pernah tidur siang. Ini terutama apabila saya melihat orang berpuasa menggunakan tidur siang sebagai alasan untuk melayan rasa malas dan letih mereka. Sebenarnya banyak keterangan lain yang menganjurkan tidur seketika terutama bagi orang berpuasa.

Dalam sebuah riwayat, Imam Abu Hanifah selama 40 tahun tidak pernah tidur malam kerana malamnya dipenuhi dengan solat malam. Beliau tidur hanya sebentar pada waktu siang hari, iaitu qailulah. Waktu qailulah adalah selepas solat Zuhur hingga Asar selama beberapa minit saja iaitu antara 20 hingga 30 minit. Jika memang untuk membolehkan bangun malam untuk solat tahajud, tentu ini adalah sunnah Rasulullah. Kalau tidur siang ini hanya untuk bermalas-malasan, dan malam harinya tidak solat tahajud, Tarawih dan solat sunat lain, apakah nilai sunnah daripada tidur siang ini?

Khalifah Umar bin Khattab pernah suatu hari melakukan lawatan rasmi ke Iskandariah, ketika Muawiyah bin Khudaij menjadi gabenor di kota itu. Umar sampai ke kota itu pada waktu siang ketika kebanyakan orang melakukan qailulah. Umar menemui Muawiyah yang tidak tidur sekejap pada siang, lalu berkata: “Saya fikir kamu tidur pada siang ini, kalau kamu tidur siang hari, maka akan melalaikan hak rakyat, kalau kamu tidur malam, kamu melalaikan hak Allah, jadi bagaimana kamu mengatur tidur antara dua hak ini wahai Muawiyah.” Umar seolah-olah mengingatkan bahawa manfaat waktu itu lebih penting daripada sekadar tidur siang. Intinya, harus mengimbangi dalam menggunakan waktu tidur siang (yang hanya seketika bukan sepanjang hari) meskipun pada Ramadan.

Hadis ada menyebut bahawa: "Tidurnya orang puasa adalah ibadah." Seperti penjelasan Iraqi dalam Takhrij Hadis-Hadis Ihya, bahawa hadis ini diriwayatkan daripada Abdullah bin Amr dan Abdullah bin Abi Aufa, namun semua sanadnya antara dha'if (lemah) dan maudhu' (palsu).

Jadi di mana kita harus melihat ‘kekuatan’ maksud hadis ini? Kita perlu melihat secara positif, pengertian hadis itu harus dimaknai bahawa tidurnya orang puasa adalah terjaganya (terpelihara) diri orang yang puasa daripada setiap perbuatan maksiat dan mungkar, dari situlah wujud makna ibadah itu. Kalau tidur hanya untuk bermalas-malasan dan meninggalkan kewajiban serta melalaikan tugas, tentulah ini sangat bertentangan dengan makna ibadah puasa itu.

Sahabat Rasulullah menjalani puasa Ramadan dengan tugas yang cukup berat seperti Perang Badar dan penaklukan Makkah. Ini semua petunjuk bahawa puasa bukan untuk menjadikan kita bermalas-malasan, tetapi pencetus semangat agar memberikan yang terbaik meskipun dengan keterbatasan kecerdasan fizikal sebagai orang berpuasa. Malah, tidur seketika pada siang umpama mengecas semula bateri kehidupan untuk beramal pada malam hari.

Tengah hari adalah masa paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan manusia secara biologi bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai midafternoon quiescent phase atau a secondary sleep gate. Antara tokoh yang menggalakkan tidur seketika pada tengah hari ialah Dr William A Anthony, (PhD) dan Camille W. Anthony, pengarang buku The Art Of Napping At Work.

David F Dinges and Roger J Broughton dalam bukunya, Sleeps and Alertness: Chronological, Behavioral and Medical Aspects of Napping juga bersetuju dengan pendapat ini. Kajian itu menunjukkan mereka yang secara rutin tidur 30 minit pada waktu tengah hari mempunyai risiko menghidap sakit jantung 30 peratus lebih rendah berbanding mereka yang lain. -

-Dipetik dari Berita Harian-

p/s: Jom kawan-kawan kite tdo mcm budak kt bawah ni;))


4.20.2010

Mood yang hilang dengan tiba-tiba...

Hmmmm....mengapakah mood daku hilang??? semuanya gara-gara si amir...kebiasaannya dia cool je setiapkali daku dan abahnya menghantar dirinya ke nurseri..entah mengapa hari ni..dia "cebik"..puas ku pujuk..masih dia dengan ekspresi muka yg meruntun hati seorang ibu...sungguh mencabar jiwa setiap kali meninggalkan anak utk ke tempat kerja..jiwa ini jiwa seorang ibu..hati ini hati seorang ibu...Seorang ibu mana mungkin boleh menjadi setenang air di kali bilaman melihat dengan matanya..merasa dengan hatinya..bahwa anaknya sedang kesedihan...ya ALLAH kuatkan hati ini..peliharalah anakandaku..KAU lah sebaik2 penjaga..





p/s: ibu love u so much my little mucuk...

4.17.2010

Buat Insan Yang Teristimewa...

Buatmu insan yg teristimewa...
Kau hadir dalam hidup umpama satu anugerah
Tiada tandingan nilainya..
Menyayangiku umpama akulah insan terbaik dalm hidupmu..
Menyintaiku bagaikan aku ini tiada cacat celanya..
Setia padaku umpama akulah satu-satunya cinta hatimu..
Namun hakikatnya...
Diri ini tidak sempurna
Diri ini terlalu banyak cacat celanya..
Diri ini selalu menyusahkanmu...
dan acapkali juga
kelemahanku sering membuatkan dirimu hilang kesabaran...
Tetapi..
Kau masih juga begitu...
Masih bersabar dengan karenahku..
Terus menumpahkan kasih sayang untukku..
Terus Menyintai tanpa memandang cacat cela ku...
Hanya DIA yang tahu betapa diriku menghargai
tulusnya kasih sayang itu
luhurnya pengorbanan itu..
sucinya cinta itu...
Dan diriku...
Terus Bersyukur
Atas kurniaan anugerah ini...
Sememangnya kau adalah sebahagian dari diriku ini...
Kerana mana mungkin 2 jiwa dapat bersatu..
Tanpa ada rasa kasih
Tanpa ada rasa sayang..
Dan tanpa ada rasa berlapang dada menerima segala baik buruk sebahagian lagi...

p/s:ntah kenapa tiba-tiba tulis mcm ni...tp ni lah perasaan yg sdg kurasai..syukur ya ALLAH...

ganbar hiasan...heheheh (mood jiwang karat dihujung minggu)





4.15.2010

Hepi besday Kak Zee

Seawal jam 8.24 di ofisku telah kami membuat sambutan hari lahir kak zee yg ke..tutttt...23 tahun...waaaa kak zee sgh muda..pepagi lg daku n kak hani telah terjah cafe B2 dan habis roti canai sardin kami borong + roti jala..sementara esah n noni membuat sandwich tuna di opis...di ikuti kakcik yg dtg membawa setupperware kek batik...kek besday telah awal2 dibeli oleh kakhani...ditambah cucur badak yg dirembat oleh noni di sebelah opis kami...
Malas nak tulis panjang-panjang..tgk je laa gambar-gambar yg hepening tuh...opss luper..utk kak zee..hepi besday..may god bless u..






4.14.2010

n3 sesedap rasa

Salam Semua...

Cite ni dah lama tp sesaje gak daku nak letak dlm blog bersawang ku ini utk tatapan ku dihari tua (yelaa tuh)...Sebenarnya sudah berkurun jgk laa daku tidak outing bersama-sama opismateku pada hari jumaat...so jumaat lepas kitaorg telah memecahkan tradisi vampire kami utk kuar melihat matahari pada hari jumaat yg mulia...

Mula2 nak ke port bese=alamanda..tp ada yg membantah.."KFC alamanda tak best...xsedap laa" itulah kata2 yg kuar dr mulutku sendiri sebagai seorang juri profesional...(ceh ckp je laa xmoo ke alamanda..penuh..kan lebih jujur) Maka kami berkeputusan utk ke PKNS...

Sampai je ngn gelojohnye esah mengecop tempat sambil diperhatikan daku yg tersipu2 malu melihat gelagat esah tuh...dan diekori kak zee, kak Na, Kakchik and noni yang control ayu masuk dan mengambil tempat masing2....

Menu kami hari tuh of coz laa Kfc yg menjilat jari...masing-masing dgn gelagat pemakanannya yg tersendiri...kakcik yg xmakan sayur pelik2 aka coleslaw telah menghadiahkan sayuran itu kepada kakzee..daku yang gile kentang telah mengorder cheesy wedges lantas tak lalu lak nk mkn kentang putar yg ada..maka itu menjadi habuan si esah...dan sbg balasan esah telah memberi sebuku roti kepadaku...

Setelah kekenyangan kami round round mary go round sekitar PKNS tuu...dan dgn jayanya kak zee telah merembat sepasang jubah cotton...daku merembat seluar ibu mengandung+ toiletries..noni ngn kerongsangnye...kakna n esah jgk merembat toiletries...
Slps kepenatan..kami pon pulang ke opis..saksikanlah kegumbiraan kami menjamu selera di kfc..





3.19.2010

blog ini berhabuk..bersawang sudah...


Salam semua...


Hmm dah lama sungguh blog ni tak ber'update'..sumenye krn keterbatasan masa yg empunya blog...tahun baru dengan azam baru..dan menanti kehadiran orang baru (syukur alhamdulillah)...Ya ALLAH mudahkanlah segala urusanku....moga diri ini akan terus memahatkan keazaman yang teguh utk menjadi insan yg lebih baik...dan seterusnya merealisasikannya tanpa rasa ingin mengalah...


Hari ni duniaku rasa sepi tanpa kehadiran sidia yang kunamakan amir...(amir balik kg ikut opahnye)...memang sedih berjauhan dr insan yg telah menghuni rahimku selama 9 bulan 10 hari dgn izinNYA...insan yang kulahirkan..yang kujaga dan belai saban waktu...tp apakan dayaku..


Dalam hatiku..kupahatkan peringatan...amir hanyalah pinjaman ALLAH buatku..mengapa harus ku tamak...mengapa harus ku abaikan permintaan ibuku untuk menjaganya sementara waktu..bukankah diriku sbg anak harus meraikan keinginan ibu ayahku setelah suamiku tiada keberatan utk mengizinkan...dan diriku sbg ibu satu ktika nanti insyaALLAH akan bergelar nenek(ehhhh tbe2 rase tua lak)..aku pasti akan merasakan sunyi dan sepinya setelah anak2 berumahtangga....pasti kasihku jua tertumpah buat bakal cucu2ku insyaALLAH..ku cuba letakkan diriku di tempat mak abah ketika ni...mereka sgt gembira dengan kehadiran amir...cucu sulung yang baru seorang itu...maka haruslah ku korbankan rasa hati ini atas nama kasih sayang...dan dengan rendah diri ku mohon ampun pdMU YA ALLAH kerana sering merasa anak itu adalah hak ku sbg ibunya...moga diri ini takkan lupa..semua yg di dunia ini adalah pinjaman untukku...namun ku bersyukur YA ALLAH kerna KAU pinjamkan utkku seorang suami yg menyayangi...anak-anak penghibur hati...ibu ayah yang mengasihi setulus hati tanpa syarat...

hmmmm...rindunye ibu pada amir....jangan nakal-nakal ye sayang...nnti mgu depan ibu dtg amik..yer..

1.06.2010

Tahun 2010...

Tahun 2010 telah mula membuka tirainya...azamku hanya satu..
"ingin menjadi lebih baik dari sebelumnya"
insyaALLAH moga diberi kekuatan hadapi segalanya...